Pendahuluan
Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan
berkembang di Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai
teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat
berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting
Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat
Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka
bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.
Kedatangan Islam telah membawa suatu
pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan
sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh
Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya
masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Namun
perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi cabaran apabila kuasa Barat khususnya
Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan mencampuri hal ehwal
pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan beberapa dasar bercorak sekular dan moden dalam
pelbagai aspek sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi
ini telah membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah
menuntut kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama
bertapak di negara.
2. Penyebaran Islam di Tanah Melayu
Penyebaran Islam secara berencana dan menyeluruh di Tanah Melayu berlaku
di Melaka apabila munculnya kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat penyebaran
Islam di samping sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Alam
Melayu. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka dalam menyebarkan
Islam ini telah menyebabkan Islam berkembang pesat di beberapa buah negeri
jajahannya di Tanah Melayu. Oleh kerana perkembangan dan penyebaran Islam yang
dilakukan oleh Melaka ini begitu ketara dan menyeluruh, maka tidak hairanlah
kenapa sejarawan Barat beranggapan Melaka sebagai negeri yang mula-mula
menerima Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15M apabila rajanya yang pertama
memeluk Islam pada tahun 1414M.
Namun pandangan ahli sejarah Barat ini disanggah oleh ahli sejarawan
tempatan kerana terdapat beberapa negeri selain Melaka telah menerima Islam
lebih awal seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar abad ke-7 dan
ke-8 Masihi. Namun pertapakan Islam di
negeri-negeri tersebut pada waktu itu dianggap sebagai peringkat masa tunas dan
kedudukan Islam tidak kukuh untuk berkembang. Orang-orang Islam hanya merupakan
kelompok-kelompok kecil yang hidup bersendirian dan tidak ada bukti menunjukkan
usaha pengembangan dan penyebaran Islam secara meluas dan menyeluruh di Tanah
Melayu dari negeri-negeri tersebut pada waktu itu melainkan hanya Melaka
diperakui berperanan bertindak menyebarluas Islam di rantau ini.
Proses pengislaman dalam kerajaan
Melaka adalah lebih menyeluruh sifatnya iaitu bermula dari pihak istana. Oleh
yang demikian, proses penyebaran agama Islam di kalangan rakyat negeri Melaka
dan jajahan takluknya menjadi meluas. Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah
adalah antara negeri yang berjaya ditakluki Melaka dan tersebar Islam di sana.
Bendahara Tun Perak adalah orang yang
bertanggungjawab disebalik kejayaan peluasan kuasa kerajaan Melaka dan
penyebaran agama Islam ke seluruh Tanah Melayu.
Pada masa pemerintahan Sultan
Muzafar Shah umpamanya, kedudukan agama Islam semakin kukuh dan berkembang
apabila baginda mempergiatkan lagi
penyebaran agama Islam menerusi kuasa politik. Dasar berbaik-baik dengan
kuasa-kuasa asing seperti Siam, Majapahit dan China yang dibuat oleh pemerintah
selepas itu, iaitu Sultan Mansur Shah, membolehkan kerajaan Melaka menumpukan
perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan Islam di dalam dan di luar negeri. Justeru itu,
Melaka menjadi sebuah pusat kerajaan Melayu yang terbesar dan pusat penyebaran
agama Islam yang terpenting di Nusantara pada masa pemerintahan Sultan Mansur
Shah. Runtuhnya kerajaan Majapahit di Jawa adalah hasil gerakan dakwah Islam
oleh Melaka.
Selain faktor
politik dan penaklukan, penyebaran Islam di Tanah Melayu turut disumbang oleh
faktor perkahwinan, perdagangan dan gerakan dakwah oleh golongan sufi. Walaubagaimana pun, faktor terpenting
tersebarnya Islam secara meluas adalah kerana agama itu sendiri di mana
sifat-sifatnya dan kandungannya adalah dengan mudah dapat mendorong orang
mengikutinya.
Sungguhpun, tarikh sebenar
kedatangan Islam di Tanah Melayu masih kabur, namun kedatangan dan penyebaran
agama Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu ini yang menjangkau masa yang
lama dan tidak henti-henti telah membawa pengaruh yang cukup besar dan bermakna
kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan peradaban mereka.
3. Pengaruh Islam Ke Atas Masyarakat
Melayu
Islam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah
baharu iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam mempunyai pengaruh yang
amat besar, mendalam dan meluas di Alam Melayu sehingga berjaya mencabut akar
umbi pengaruh Hindu-Buddha. Kedatangan Islam bukan sahaja menandakan kedatangan
zaman baharu, bahkan permulaan suatu zaman moden di rantau ini. Ujarnya,
segala-galanya berpunca daripada tamadun
yang dibawa oleh Islam berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan cara
berfikir berbanding dengan zaman sebelumnya yang tidak berasaskan kepada
rasionalisme dan akal fikiran masyarakat dibelenggu oleh kepercayaan yang
salah.
Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini secara tidak langsung menolak
beberapa pendapat sarjana barat yang mengatakan bahawa pengaruh Islam di Alam
Melayu itu adalah suatu yang tipis iaitu hanya kulit sahaja sedangkan di
dalamnya adalah unsur Hindu dan Buddha.
Anggapan sarjana Barat ini telah mengelirukan. Bagaimana boleh dianggap
penyebaran Islam itu secara tipis sedangkan orang-orang Melayu itu menganut dan
terlibat secara dalaman dengan Islam.
Sebenarnya pengaruh unsur Hindu
dan Buddha itulah yang tipis kerana agama Hindu dan Buddha hanya didalami dan
diamalkan oleh golongan istana sedangkan rakyat bawahan tidak mempunyai
kefahaman yang tepat berkenaan dengan agama-agama tersebut.
Sejak orang Melayu menerima agama Islam, dapat ditegaskan ia mempengaruhi
secara mendalam dan melibatkan keseluruhan cara hidup harian anggota masyarakat
itu dan tidak hanya pada sistem kepercayaan sahaja. Perubahan yang berlaku ini
merupakan suatu revolusi yang telah sama sekali mengubah corak sosial dan
politik masyarakat tersebut.
Umumnya kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar ke atas
masyarakat Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka. Pengaruh Islam
ke atas masyarakat Melayu dapat dilihat
pada aspek-aspek berikut:
a. Aspek Akidah (Kepercayaan)
Kesan paling ketara dengan
kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu
ialah bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau
kepercayaan animisma kepada berakidah Islam yang mentauhidkan dan menyembah
Allah s.w.t, di samping menyakini
kewujudan malaikat, perutusan para nabi, penurunan kitab-kitab, kewujudan hari
akhirat dan ketentuan qadha dan qadar.
Pandangan masyarakat Melayu terhadap
kehidupan juga menjadi benar iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah
s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain dari itu. Amalan berakidah tidak
hanya terikat pada amalan ibadah-ibadah yang diwajibkan sahaja tetapi juga pada
setiap tindakan dan perbuatan. Kefahaman
tauhid yang menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang
Melayu sehingga sukar untuk digugat keislaman mereka. Sebab itu, cubaan untuk menyeberluas agama
Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu tidak memberi kesan. Malahan sampai
kini, hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.
b. Aspek Politik dan Pentadbiran
Kesan segera pengislaman di Tanah
Melayu ialah kemunculan kerajaan Islam seperti kerajaaan Islam Melaka. Sistem
politik dan pentadbiran kerajaan Islam ini telah memperkenalkan sistem
pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan meletakkan ‘sultan’ sebagai ketua negara
dan ketua agama Islam. Di dalam perlaksanaan pentadbiran, sultan dijadikan
‘Khalifah Allah di bumi’ dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri daripada
alim ulama dan mufti. Berbeza dengan
sistem kerajaan sebelum Islam di mana golongan agama tidak mendapat tempat yang
istimewa di dalam istana.
Sultan merupakan ketua tertinggi
bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang
paling suci seperti zaman Hindu yang perlu disembah. Sultan bertanggungjawab
menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi mendapat berbagai-bagai
keistimewaan dan kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan
perlaksanaan hukum-hukumnya.
Sultan juga bertanggungjawab
memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang berdasarkan hukum syariah Islam
dalam pentadbirannya bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam
beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun Melaka
dan Hukum Laut Melaka adalah antara contoh undang-undang bertulis yang
mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di dalam
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang berkenaan telah
dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut perundangan jenayah
Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu,
dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin, pembahagian pusaka
(faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah seperti urusan jual beli dan
sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam.
c. Aspek Pendidikan dan Keilmuan
Mengenai sistem pendidikan dan ilmu
pengetahuan ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan
pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan
daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan
dan penyebaran ilmu pengetahuan. Begitulah halnya yang berlaku di Melaka,
bermula daripada sultannya yang pertama sehingga sultan yang terakhir sebelum
tahun 1511M mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan
Islam. Pernah diceritakan Sultan Mahmud
Shah pernah mengunjungi rumah maulana Yusuf untuk mempelajari kitab ”Maklumat”,
di samping belajar dengan maulana Sadar Johan.
Institusi-institusi pendidikan sama
ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan di peringkat madrasah, pondok
atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini menunjukkan semua lapisan
masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan
mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam. Kesannya, ramailah
masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum kedatangan Islam di mana
ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Kesan lain ialah
muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun
Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk
keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera
kitab.
Ulama dalam bidang agama ini tidak
hanya berperanan sebagai guru agama, pengarang kitab-kitab dan penasihat
raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan di medan perang. Oleh itu,
golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan masyarakat
dan juga pemerintah.
Kedatangan Islam secara tidak
langsung telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa ilmu
pengetahuan dan penyebaran dakwah di
Alam Melayu dan dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu,
Islam dikatakan bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di
Alam Melayu.
Selain itu, dengan kemasukan Islam
juga telah menjadikan bahasa Melayu daripada bahasa lisan kepada bahasa
persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan, melalui pengajaran yang
berasaskan kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf jawi yang
diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa Melayu
dituturkan.
Penglibatan pedagang dan mubaligh
Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan Islam di Alam Melayu secara tidak langsung
turut mempengaruhi penggunaan istilah dan perkataan bahasa Arab dalam bahasa
Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan tersebut bukan sahaja dapat dilihat
pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak tetapi juga
merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan sultan, ilmu,
kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa
Arab. Hal ini tentunya memperkayakan
lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan menjadi simbol kekuatan Islam menerusi
bahasa.
d. Aspek Sosial
Walaupun tidak sepenuhnya
unsur-unsur sosial Islam mempengaruhi masyarakat Melayu, namun sudah terdapat
nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan
dan amalan kasta sebagaimana yang
diamalkan sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status
antara golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu
ketara.
Islam mengajar anggota-anggota
masyarakat Melayu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu
dan tolong-menolong. Peraturan dan panduan hidup adalah berasaskan kepada agama
Islam. Unsur-unsur metafizik yang
berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara sam’iyyat serta hukum syarak yang terdapat dalam ajaran
Islam seperti wajib, sunat, makruh, haram dan harus amat mempengaruhi pemikiran
orang-orang Melayu di mana segala kegiatan yang dilakukan semata-mata
didorong untuk mendapat keredhaan Allah
s.w.t. Dalam kegiatan ekonomi misalnya,
amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan.
Bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang
diperolehi hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan
amal jariah. Demikianlah pengaruh agama
Islam dalam membentuk masyarakat dan budaya Melayu yang lebih kukuh, yang belum
pernah berlaku sebelum ini.
e. Aspek Kesenian
Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti
arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya. Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat
pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya.
Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh
kesenian Islam seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan
tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid.
Epigrafi seperti prasasti atau batu
bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab
dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka Arab. Batu nisan di Langgar
Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan tulisan khat kufi. Manakala
prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi mentaati hukum-hukum
syarak.
Salah satu kesenian Islam yang
terpenting ialah kaligrafi atau seni khat Islam. Seni khat Islam ini dapat
dilihat pada bangunan-bangunan masjid, batu nisan atau batu bersurat, di
samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang, pakaian dan
lain-lainnya.
Adapun tentang seni logam, antara
jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-senjata. Tentang mata wang, ianya
menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan menekankan sifat keadilan kepada
raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi fungsi dan
motif-motif ragam hias khususnya
daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir pada hampir keseluruhan senjata ini
yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
LATARBELAKANG/PENYATAAN MASALAH
Riddah
(murtad) merupakan ‘bench merk’ kepada keruntuhan akidah paling serius yang
boleh berlaku dalam kalangan umat islam. Keseluruhannya isu ini kerap
dibincangkan dalam masyarakat umum apatah lagi golongan ilmuan beberapa waktu
yang lalu.Kes Lina Joy serta beberapa lagi individu lain seperti Natrah dan
Aisyah Bukhari pernah menggemparkan masyarakat islam.
Budaya hedonisma (pegangan atau padangan hidup
yang mementingkan keseronokkan) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja
contohnya, isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini iaitu artis korea dan seorang gadis berpelukan di atas pentas
dikhalayak ramai.
Ramai pemuda
pemudi terutama remaja amat tertarik dan terpesona dengan segalanya yang
berkaitan negara korea termasuk budaya kpop. Mereka yang mengamalkan hedonisme
ini iaitu pegangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup,
didapati hati, jiwa dan pemikiran mereka sudah jauh daripada al-quran dan agama
islam itu sendiri.
OBJEKTIF
KAJIAN
Saya
dikehendaki menjalankan satu kajian tentang
kegiatan ekonomi tradisional di negara kita Malaysia, mengikut kehendak
soalan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2013 Kertas Sejarah 21/2. Saya telah memilih kegiatan ekonomi penanaman padi sebagai hasil kajian saya.
Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:
a) Mengenal
pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —
Kajian ini
dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang
sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara
yang betul, jelas dan tepat dan berguna kepada saya untuk tahap pengajian yang
lebih tinggi kelak.
b)Menambah
pengetahuan tentang latar belakang atau sejarah awal penanaman padi di
Malaysia.Disamping itu saya juga mendapat pengetahuan tentang pengaruh kepada
masyarakat dan prospek masa depan penanaman padi di Malaysia.
c)Mengambil
iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik kegiatan ekonomi tradisional
yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia. Usaha membuat kajian ini, membolehkan saya dapat mengambil iktibar
daripada peristiwa yang berlaku disebalik penanaman padi yang diusahakan oleh
masyarakat petani di Malaysia.. Misalnya sepertipenggunaan peralatan dan kaedah
berderau yang diamalkan oleh masyarakat
di Malaysia menyedarkan saya bahawa sikap rajin
,kreatif dan produktif amat
penting pada diri setiap individu.
d) Memupuk
semangat patriotik dan perasaan bangga terhadap tanah air Malaysia.Kegiatan
ekonomi tradisional yang diusahakan oleh para petani di Malaysia dapat memupuk
semangat saya agar cintakan Negara Malaysia yang aman damai yang membolehkan
pelbagai kegiatan ekonomi diusahakan.
BATASAN
KAJIAN
Tiada batasan
atau perbezaan antara norma-norma kehidupan beragama islam dengan agama bukan
islam. Tingkah laku dalam pergaulan dan adab berpakaian adalah perkara yang sering ditonjolkan.Contoh budaya
berfesyen ala-barat yang kononnya ‘up-to-date’ mudah mempengaruhi minda remaja
yang bersifat ingin mencuba. Malangnya maruah agama turut tergadai bersama maruah
diri.
Penulisan
tugasan ini membataskan kajian kepada beberapa teori tentang kedatangan islam
ketanah melayu. Tugasan ini hanya menerang proses-proses penyebaran agama islam ke tanah melayu.ianya juga akan hanya
membincangkan jenis pusat tamadun melayu,kesan serta penaruh selepas kedatangan
agama islam ke tanah melayu.
PERSOALAN
KAJIAN
Kedatangan
islam ke Tanah Melayu di percayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini,
berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan
pendakwah. Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan beberapa buah
kerajaan islam di Pasaidan Perlak di persekitaran Selat Melaka. Mengikut
catatan Maro Polo agama islam telah tersebar ke Tanah melayu sebelum abad
ke-15. Semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah
melawat Sumatera. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha
mengIslamkan penduduk tempatan oleh para pedagang arab di Nusantara. Pengembara
arab, IBN-BATTUTAH yang singgah sebanyak
dua kali di Sumatera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari negara China.
Beliau menyatakan bahawa Raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan
mengamalkan Mazhab Syafie’. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan 16 masihi agama
Islam telah tersebar meluas hampir keseluruhan kepulauan melayu dan
mengurangkan pengaruh Hindu-Budhha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah
Melayu. Sejak itu Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang
dianuti oleh sebahagian besar penduduk Kepulauan Melayu. Dan begitulah bermula
nya penyebaran agama islam ditanah melayu.
RUMUSAN
Kedatangan islam ke tanah
melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan penghargaan baru dalam
keagungan tamadun melayu. Tidak dapat dinafikannbahawa wujudnya pusat-pusat tamadun
unggul didunia amnya dan di asia tenggara khasnya adalah kesan daripada
pengaruh islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.
Daripada apa yang
dibincangkan diatas kedatangan islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat-pusat
tamadun melayu yang unggul tetapi islam juga telah menyebabkan perubahan yang
besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah system
politik perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat
melayu itu sendiri.
Boleh saya tahu dapat sumber daripada mana ya..??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete021h7xwzdo685y7z98,k2d60,j4r59,a6v22,q1g20,d3m72,t1r44,p0j97,k7l56 811v6ekjur477
ReplyDelete