Sunday, 1 March 2015

kedatangan islam ke tanah melayu



Pendahuluan
Berdasarkan kajian sejarah mendapati Islam telah bertapak dan berkembang  di  Tanah Melayu sejak sekian lama. Pelbagai teori dan hujah telah dikemukakan oleh sarjana-sarjana tempatan dan Barat berhubung tarikh kedatangan awal Islam di Tanah Melayu. Namun yang penting Islam telah bertapak di beberapa buah negeri dan diterima baik oleh masyarakat Melayu. Islam dikatakan mula berkembang apabila kerajaan Melayu Melaka bertindak menyebarluas pengaruh Islam di seluruh Tanah Melayu.
                                 
            Kedatangan Islam telah membawa suatu pembaharuan kepada kehidupan masyarakat Melayu yang sama sekali berbeza dengan sebelumnya iaitu terbentuknya suatu peradaban baru berteraskan Islam. Pengaruh Islam bukan sahaja berjaya merubah kepercayaan tetapi juga sosio-budaya masyarakat Melayu dari sudut pemerintahan, pendidikan dan kebudayaan. Namun perkembangan dan pengaruh Islam menghadapi cabaran apabila kuasa Barat khususnya Inggeris (British) menjajah Tanah Melayu dengan mencampuri hal ehwal pentadbiran di negeri-negeri Melayu dengan memperkenalkan beberapa  dasar bercorak sekular dan moden dalam pelbagai aspek sehingga secara perlahan meminggirkan pengaruh Islam. Situasi ini telah membangkitkan kesedaran orang Melayu untuk bangkit menentang penjajah menuntut kemerdekaan demi kesinambungan peradaban Islam yang telah lama bertapak di negara.








2.         Penyebaran Islam di Tanah Melayu
Penyebaran Islam secara berencana dan menyeluruh di Tanah Melayu berlaku di Melaka apabila munculnya kerajaan Melayu Melaka sebagai pusat penyebaran Islam di samping sebagai pusat perdagangan yang terpenting di rantau Alam Melayu. Peranan yang dimainkan oleh kerajaan Melayu Melaka dalam menyebarkan Islam ini telah menyebabkan Islam berkembang pesat di beberapa buah negeri jajahannya di Tanah Melayu. Oleh kerana perkembangan dan penyebaran Islam yang dilakukan oleh Melaka ini begitu ketara dan menyeluruh, maka tidak hairanlah kenapa sejarawan Barat beranggapan Melaka sebagai negeri yang mula-mula menerima Islam di Tanah Melayu pada abad ke-15M apabila rajanya yang pertama memeluk Islam pada tahun 1414M. 

Namun pandangan ahli sejarah Barat ini disanggah oleh ahli sejarawan tempatan kerana terdapat beberapa negeri selain Melaka telah menerima Islam lebih awal seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Pahang sekitar abad ke-7 dan ke-8 Masihi.  Namun pertapakan Islam di negeri-negeri tersebut pada waktu itu dianggap sebagai peringkat masa tunas dan kedudukan Islam tidak kukuh untuk berkembang. Orang-orang Islam hanya merupakan kelompok-kelompok kecil yang hidup bersendirian dan tidak ada bukti menunjukkan usaha pengembangan dan penyebaran Islam secara meluas dan menyeluruh di Tanah Melayu dari negeri-negeri tersebut pada waktu itu melainkan hanya Melaka diperakui berperanan bertindak menyebarluas Islam di rantau ini. 

            Proses pengislaman dalam kerajaan Melaka adalah lebih menyeluruh sifatnya iaitu bermula dari pihak istana. Oleh yang demikian, proses penyebaran agama Islam di kalangan rakyat negeri Melaka dan jajahan takluknya menjadi meluas. Pahang, Terengganu, Johor dan Kedah adalah antara negeri yang berjaya ditakluki Melaka dan tersebar Islam di sana. Bendahara Tun Perak  adalah orang yang bertanggungjawab disebalik kejayaan peluasan kuasa kerajaan Melaka dan penyebaran agama Islam ke seluruh Tanah Melayu.

            Pada masa pemerintahan Sultan Muzafar Shah umpamanya, kedudukan agama Islam semakin kukuh dan berkembang apabila  baginda mempergiatkan lagi penyebaran agama Islam menerusi kuasa politik. Dasar berbaik-baik dengan kuasa-kuasa asing seperti Siam, Majapahit dan China yang dibuat oleh pemerintah selepas itu, iaitu Sultan Mansur Shah, membolehkan kerajaan Melaka menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap perkembangan Islam  di dalam dan di luar negeri. Justeru itu, Melaka menjadi sebuah pusat kerajaan Melayu yang terbesar dan pusat penyebaran agama Islam yang terpenting di Nusantara pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah. Runtuhnya kerajaan Majapahit di Jawa adalah hasil gerakan dakwah Islam oleh Melaka. 

Selain faktor politik dan penaklukan, penyebaran Islam di Tanah Melayu turut disumbang oleh faktor perkahwinan, perdagangan dan gerakan dakwah oleh golongan sufi.  Walaubagaimana pun, faktor terpenting tersebarnya Islam secara meluas adalah kerana agama itu sendiri di mana sifat-sifatnya dan kandungannya adalah dengan mudah dapat mendorong orang mengikutinya.

            Sungguhpun, tarikh sebenar kedatangan Islam di Tanah Melayu masih kabur, namun kedatangan dan penyebaran agama Islam yang berlaku di negeri-negeri Melayu ini yang menjangkau masa yang lama dan tidak henti-henti telah membawa pengaruh yang cukup besar dan bermakna kepada masyarakat Melayu dari aspek pembentukan peradaban mereka.



3.         Pengaruh Islam Ke Atas Masyarakat Melayu
Islam yang sampai ke Alam Melayu telah membuka satu lembaran sejarah baharu iaitu zaman bertamadun dan berkemajuan.  Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam mempunyai pengaruh yang amat besar, mendalam dan meluas di Alam Melayu sehingga berjaya mencabut akar umbi pengaruh Hindu-Buddha. Kedatangan Islam bukan sahaja menandakan kedatangan zaman baharu, bahkan permulaan suatu zaman moden di rantau ini. Ujarnya, segala-galanya berpunca daripada  tamadun yang dibawa oleh Islam berasaskan kepada rasionalisme dan kebebasan cara berfikir berbanding dengan zaman sebelumnya yang tidak berasaskan kepada rasionalisme dan akal fikiran masyarakat dibelenggu oleh kepercayaan yang salah. 
Pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas ini secara tidak langsung menolak beberapa pendapat sarjana barat yang mengatakan bahawa pengaruh Islam di Alam Melayu itu adalah suatu yang tipis iaitu hanya kulit sahaja sedangkan di dalamnya adalah unsur Hindu dan Buddha.  Anggapan sarjana Barat ini telah mengelirukan. Bagaimana boleh dianggap penyebaran Islam itu secara tipis sedangkan orang-orang Melayu itu menganut dan terlibat secara dalaman dengan Islam.  Sebenarnya pengaruh unsur  Hindu dan Buddha itulah yang tipis kerana agama Hindu dan Buddha hanya didalami dan diamalkan oleh golongan istana sedangkan rakyat bawahan tidak mempunyai kefahaman yang tepat berkenaan dengan agama-agama tersebut. 
Sejak orang Melayu menerima agama Islam, dapat ditegaskan ia mempengaruhi secara mendalam dan melibatkan keseluruhan cara hidup harian anggota masyarakat itu dan tidak hanya pada sistem kepercayaan sahaja. Perubahan yang berlaku ini merupakan suatu revolusi yang telah sama sekali mengubah corak sosial dan politik masyarakat tersebut. 
Umumnya kedatangan Islam telah membawa pengaruh yang cukup besar ke atas masyarakat Melayu sehingga mencorakkan lanskap peradaban mereka. Pengaruh Islam ke atas masyarakat Melayu  dapat dilihat pada aspek-aspek berikut:


a.         Aspek Akidah (Kepercayaan)

            Kesan paling ketara dengan kedatangan Islam ke dalam masyarakat Melayu  ialah bertukar agama daripada beragama Hindu atau Buddha atau kepercayaan animisma kepada berakidah Islam yang mentauhidkan dan menyembah Allah s.w.t,  di samping menyakini kewujudan malaikat, perutusan para nabi, penurunan kitab-kitab, kewujudan hari akhirat dan ketentuan qadha dan qadar.

            Pandangan masyarakat Melayu terhadap kehidupan juga menjadi benar iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah s.w.t bukan untuk tujuan-tujuan lain selain dari itu. Amalan berakidah tidak hanya terikat pada amalan ibadah-ibadah yang diwajibkan sahaja tetapi juga pada setiap tindakan dan perbuatan.  Kefahaman tauhid yang menjadi asas akidah Islam berjaya meresap masuk ke dalam jiwa orang Melayu sehingga sukar untuk digugat keislaman mereka.  Sebab itu, cubaan untuk menyeberluas agama Kristian oleh penjajah ke atas orang Melayu tidak memberi kesan. Malahan sampai kini, hubungan antara Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan.



b.         Aspek Politik dan Pentadbiran

            Kesan segera pengislaman di Tanah Melayu ialah kemunculan kerajaan Islam seperti kerajaaan Islam Melaka. Sistem politik dan pentadbiran kerajaan Islam ini telah memperkenalkan sistem pemerintahan empayar Uthmaniyah dengan meletakkan ‘sultan’ sebagai ketua negara dan ketua agama Islam. Di dalam perlaksanaan pentadbiran, sultan dijadikan ‘Khalifah Allah di bumi’ dibantu oleh golongan penasihat yang terdiri daripada alim ulama dan mufti.  Berbeza dengan sistem kerajaan sebelum Islam di mana golongan agama tidak mendapat tempat yang istimewa di dalam istana.

            Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman Hindu yang perlu disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi negara bagi mendapat berbagai-bagai keistimewaan dan kemudahan sama ada dari segi penyebaran, pentadbiran dan perlaksanaan hukum-hukumnya.

            Sultan juga bertanggungjawab memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang berdasarkan hukum syariah Islam dalam pentadbirannya bagi menjamin keadilan dan kesaksamaan, walaupun di dalam beberapa perkara tidak begitu sempurna dan kurang memuaskan. Hukum Kanun Melaka dan Hukum Laut Melaka adalah antara contoh undang-undang bertulis yang mengandungi hukum syariah Islam yang dikuatkuasakan dan dilaksanakan di dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Di dalam undang-undang berkenaan telah dicatatkan beberapa peruntukkan undang-undang mengikut perundangan jenayah Islam seperti hukuman mencuri, membunuh, zina dan sebagainya. Selain itu, dimuatkan juga peruntukkan tentang soal nikah kahwin, pembahagian pusaka (faraid), hal yang berkaitan dengan muamalah seperti urusan jual beli dan sebagainya juga dilaksanakan menurut sistem Islam. 


c.         Aspek Pendidikan dan Keilmuan

            Mengenai sistem pendidikan dan ilmu pengetahuan ternyata agama Islam telah membawa beberapa perubahan dan pembaharuan kepada peradaban Melayu. Oleh sebab agama Islam menerima naungan daripada istana raja-raja Melayu, maka istana telah dijadikan pusat kegiatan dan penyebaran ilmu pengetahuan. Begitulah halnya yang berlaku di Melaka, bermula daripada sultannya yang pertama sehingga sultan yang terakhir sebelum tahun 1511M mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam.  Pernah diceritakan Sultan Mahmud Shah pernah mengunjungi rumah maulana Yusuf untuk mempelajari kitab ”Maklumat”, di samping belajar dengan maulana Sadar Johan.

            Institusi-institusi pendidikan sama ada rasmi atau tidak rasmi seperti pendidikan di peringkat madrasah, pondok atau pesantren, masjid dan surau telah wujud. Ini menunjukkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan sosial berpeluang untuk mendapat dan mempelajari ilmu pengetahuan terutama mengenai ajaran Islam. Kesannya, ramailah masyarakat Melayu yang celik huruf berbanding sebelum kedatangan Islam di mana ilmu pengetahuan hanya dipelajari oleh golongan istana sahaja. Kesan lain ialah muncullah golongan intelektual terutama alim ulama di beberapa pusat tamadun Melayu Islam dengan karya-karya utama mereka terutama karya-karya berbentuk keagamaan yang disampaikan dalam bentuk persuratan yang dinamakan sastera kitab. 

            Ulama dalam bidang agama ini tidak hanya berperanan sebagai guru agama, pengarang kitab-kitab dan penasihat raja-raja malah turut berjihad sebagai pahlawan di medan perang. Oleh itu, golongan ini sentiasa mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan masyarakat dan juga pemerintah.

            Kedatangan Islam secara tidak langsung telah mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa ilmu pengetahuan dan penyebaran dakwah  di Alam Melayu dan dianggap sebagai Lingua-Franca di rantau ini. Justeru itu, Islam dikatakan bertanggungjawab mengasaskan sistem pendidikan yang terawal di Alam Melayu.

            Selain itu, dengan kemasukan Islam juga telah menjadikan bahasa Melayu daripada bahasa lisan kepada bahasa persuratan, apabila tulisan jawi diperkenalkan, melalui pengajaran yang berasaskan kepada al-Quran. Secara kebetulan huruf-huruf jawi yang diperkenalkan oleh tulisan Arab amat sesuai sekali dengan cara bahasa Melayu dituturkan. 

            Penglibatan pedagang dan mubaligh Islam dari Arab dalam usaha menyebarkan Islam di Alam Melayu secara tidak langsung turut mempengaruhi penggunaan istilah dan perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu. Penggunaan istilah dan perkataan tersebut bukan sahaja dapat dilihat pada perkara yang berkaitan dengan akidah, syariah dan akhlak tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan yang lain seperti perkataan sultan, ilmu, kitab, masjid, hisab, alam, sedekah dan lain-lain yang dipinjam dari bahasa Arab.  Hal ini tentunya memperkayakan lagi perbendaharaan bahasa Melayu dan menjadi simbol kekuatan Islam menerusi bahasa.




d.         Aspek Sosial

            Walaupun tidak sepenuhnya unsur-unsur sosial Islam mempengaruhi masyarakat Melayu, namun sudah terdapat nilai-nilai persamaan taraf antara manusia, tidak wujud lagi sistem perhambaan dan amalan kasta  sebagaimana yang diamalkan sebelum kedatangan Islam. Sungguhpun masih kedapatan perbezaan status antara golongan bangsawan dengan rakyat tetapi perbezaan itu tidaklah begitu ketara.

            Islam mengajar anggota-anggota masyarakat Melayu mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam, bantu-membantu dan tolong-menolong. Peraturan dan panduan hidup adalah berasaskan kepada agama Islam.  Unsur-unsur metafizik yang berkaitan dengan rukun iman dan perkara-perkara sam’iyyat  serta hukum syarak yang terdapat dalam ajaran Islam seperti wajib, sunat, makruh, haram dan harus amat mempengaruhi pemikiran orang-orang Melayu di mana segala kegiatan yang dilakukan semata-mata didorong  untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dalam kegiatan ekonomi misalnya,  amalan riba, merampas dan penipuan dalam jual beli tidak lagi diizinkan. Bagi mendapat keredhaan Allah s.w.t dan kepentingan umum, kekayaan yang diperolehi hendaklah dikeluarkan zakat dan digalakkan berwakaf dan melakukan amal jariah.  Demikianlah pengaruh agama Islam dalam membentuk masyarakat dan budaya Melayu yang lebih kukuh, yang belum pernah berlaku sebelum ini.


e.         Aspek Kesenian
Pengaruh Islam dalam bidang kesenian meliputi pelbagai aspek, seperti arkitektur, epigrafi, kaligrafi, seni ukir, seni logam dan sebagainya.  Aspek arkitektur atau seni bina dapat dilihat pada bangunan masjid, surau atau madrasah, istana, rumah, kota dan sebagainya. Khusus tentang masjid yang merupakan pusat ibadat umat Islam  mempunyai beberapa ciri asasi pengaruh kesenian Islam seperti bumbung kubah, mihrab dan mimbar, menara dan tulisan-tulisan khat yang menghiasi dinding-dinding masjid.

            Epigrafi seperti prasasti atau batu bersurat dan batu-batu nisan kebiasaannya terdapat tulisan-tulisan kalimah Arab dan potongan ayat-ayat al-Quran serta angka-angka Arab. Batu nisan di Langgar Kedah misalnya terdapat catatan kalimah Syahadah dengan tulisan khat kufi. Manakala prasasti di Terengganu terdapat nasihat dan perintah bagi mentaati hukum-hukum syarak.

            Salah satu kesenian Islam yang terpenting ialah kaligrafi atau seni khat Islam. Seni khat Islam ini dapat dilihat pada bangunan-bangunan masjid, batu nisan atau batu bersurat, di samping tertulis pada benda-benda lain seperti tembikar, mata wang, pakaian dan lain-lainnya.

            Adapun tentang seni logam, antara jenis-jenisnya ialah mata wang dan senjata-senjata. Tentang mata wang, ianya menonjolkan nilai Islam dalamnya, dengan menekankan sifat keadilan kepada raja-raja. Demikan juga pada senjata keris, dari segi fungsi dan motif-motif  ragam hias khususnya daripada ayat-ayat al-Quran yang terukir pada hampir keseluruhan senjata ini yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.



LATARBELAKANG/PENYATAAN MASALAH
Riddah (murtad) merupakan ‘bench merk’ kepada keruntuhan akidah paling serius yang boleh berlaku dalam kalangan umat islam. Keseluruhannya isu ini kerap dibincangkan dalam masyarakat umum apatah lagi golongan ilmuan beberapa waktu yang lalu.Kes Lina Joy serta beberapa lagi individu lain seperti Natrah dan Aisyah Bukhari pernah menggemparkan masyarakat islam.
 Budaya hedonisma (pegangan atau padangan hidup yang mementingkan keseronokkan) kini semakin menjadi-jadi dalam kalangan remaja contohnya, isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini iaitu artis korea  dan seorang gadis berpelukan di atas pentas dikhalayak ramai.
Ramai pemuda pemudi terutama remaja amat tertarik dan terpesona dengan segalanya yang berkaitan negara korea termasuk budaya kpop. Mereka yang mengamalkan hedonisme ini iaitu pegangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan hidup, didapati hati, jiwa dan pemikiran mereka sudah jauh daripada al-quran dan agama islam itu sendiri.




OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang  kegiatan ekonomi tradisional di negara kita Malaysia, mengikut kehendak soalan Lembaga Peperiksaan Malaysia 2013 Kertas Sejarah 21/2.  Saya telah memilih kegiatan ekonomi  penanaman padi sebagai hasil kajian saya. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:
a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —
Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat dan berguna kepada saya untuk tahap pengajian yang lebih tinggi kelak.

b)Menambah pengetahuan tentang latar belakang atau sejarah awal penanaman padi di Malaysia.Disamping itu saya juga mendapat pengetahuan tentang pengaruh kepada masyarakat dan prospek masa depan penanaman padi di Malaysia.
c)Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik kegiatan ekonomi tradisional yang dijalankan oleh masyarakat di Malaysia. Usaha  membuat kajian ini,  membolehkan saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku disebalik penanaman padi yang diusahakan oleh masyarakat petani di Malaysia.. Misalnya sepertipenggunaan peralatan dan kaedah berderau  yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia menyedarkan saya bahawa sikap rajin  ,kreatif dan produktif  amat penting pada diri setiap individu.
d) Memupuk semangat patriotik dan perasaan bangga terhadap tanah air Malaysia.Kegiatan ekonomi tradisional yang diusahakan oleh para petani di Malaysia dapat memupuk semangat saya agar cintakan Negara Malaysia yang aman damai yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi diusahakan.


BATASAN KAJIAN
Tiada batasan atau perbezaan antara norma-norma kehidupan beragama islam dengan agama bukan islam. Tingkah laku dalam pergaulan dan adab berpakaian adalah perkara  yang sering ditonjolkan.Contoh budaya berfesyen ala-barat yang kononnya ‘up-to-date’ mudah mempengaruhi minda remaja yang bersifat ingin mencuba. Malangnya maruah agama turut tergadai bersama maruah diri.
Penulisan tugasan ini membataskan kajian kepada beberapa teori tentang kedatangan islam ketanah melayu. Tugasan ini hanya menerang proses-proses penyebaran agama  islam ke tanah melayu.ianya juga akan hanya membincangkan jenis pusat tamadun melayu,kesan serta penaruh selepas kedatangan agama islam ke tanah melayu.



PERSOALAN KAJIAN
Kedatangan islam ke Tanah Melayu di percayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini, berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah. Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan beberapa buah kerajaan islam di Pasaidan Perlak di persekitaran Selat Melaka. Mengikut catatan Maro Polo agama islam telah tersebar ke Tanah melayu sebelum abad ke-15. Semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha mengIslamkan penduduk tempatan oleh para pedagang arab di Nusantara. Pengembara arab, IBN-BATTUTAH  yang singgah sebanyak dua kali di Sumatera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari negara China. Beliau menyatakan bahawa Raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Syafie’. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan 16 masihi agama Islam telah tersebar meluas hampir keseluruhan kepulauan melayu dan mengurangkan pengaruh Hindu-Budhha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk Kepulauan Melayu. Dan begitulah bermula nya penyebaran agama islam ditanah melayu.



 RUMUSAN
      Kedatangan islam ke tanah melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan penghargaan baru dalam keagungan tamadun melayu. Tidak dapat dinafikannbahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul didunia amnya dan di asia tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.
      Daripada apa yang dibincangkan diatas kedatangan islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat-pusat tamadun melayu yang unggul tetapi islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah system politik perundangan, pendidikan dan pandangan semesta dan kehidupan masyarakat melayu itu sendiri.